Tuesday, April 03, 2012

3rd April: Surat Gadai

"Kami membeli emas dan surat gadai"
Pernah baca iklan seumpama ini? Anda mungkin tidak biasa dengan bab gadai menggadai ini. Biar hamba jelaskan sedikit. Contohnya, Cik A  perlukan wang tunai untuk mambayar hutang PTPTN, jadi dia menggadai barang kemas emasnya di pajak gadai. Harga pasaran emasnya adalah sebanyak RM4500. Tetapi pajak gadai Islam cuma memberi jumlah gadaian sebanyak RM2000. Selepas mendapatkan RM2000 dan membayar PTPTN, Cik A lalu membayar sewa bulanan di pajak gadai yang berjumlah kira-kira RM30 sebulan. Setelah 6bulan dia membayar sewa bulan dan duit pokok, Cik A tiba-tiba perlukan wang tunai kerana ingin kahwin. Baki jumlah untuk tebus barang kemasnya setelah ditolak bayaran pokok selama 6bulan ialah RM1400. Ketika itu dia sangat-sangat perlukan wang dan sudah tidak ada barang kemas lagi untuk digadai. Dalam keadaan terdesak dia terbaca iklan keramat ini:
"Kami juga menerima surat pajak gadai"
Setelah berbincang dengan pajak gadai Cina itu, Cik A ditawarkan untuk menjual surat pajak gadai dengan harga RM3000. Wow, itu sangat memadai. Dia pun berkira-kira untuk menggadai kerana pada fikirannya dia cuma kerugian RM1500 (RM4500-RM3000), barang kemas tergadai tetapi nanti boleh dibeli lagi. Sedangkan, sedangkan, sedangkan, harga emas sudah naik ketika itu. Dan Cik A tidak tahu malah tidak peduli. Dia perlukan TUNAI sekarang juga! Maka dia pun menjual surat gadai kepada tauke emas yang tersenyum gembira. Cik A mendapat RM3000 yang diperlukan dan tauke emas menebus barang kemasnya  dengan harga RM3000. Nilai emas telah naik, barang kemas itu yang asal RM4500 telah menjadi RM5400! Untung RM2400 dengan mudah.

Apakah pilihan Cik A?

Sebenarnya ada berbagai cara lagi untuk dapatkan tunai. Cik A boleh mengadaikan semula barang kemas itu di kedai yang sama. Setelah tolak upah simpan dan nilai tebus dapatlah sedikit tunai. Macam refinance kenderaan la lebih kurang. Tapi ada satu lagi cara, Cik A cuba cari cara bagaimana untuk meminjam RM1400 untuk sementara, selepas itu tebus barang kemasnya, kemuadian gadai semula barang kemas itu. Nilai emas selepas 6bulan selalunya sudah naik 20% (lebih kurang). Jadi nilai gadai sudah meningkat ke RM3000. Duit gadainan itu terus bayar hutang pinjam RM1400 tadi dan baki masih cukup untuk kegunaan kenduri kahwinnya. Kesimpulannya, 
JANGAN JUAL SURAT GADAI ANDA!
Pesanan ini dibawa oleh pakar pelaburan emas Puan Shila, :)
Mari melabur Emas!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...