Friday, November 04, 2011

Ustaz Kazim dan Habbatus Sauda'

Tadi aku ke Istafa, sebuah kedai islamik. Niatnya ingin membeli Miswak, jenama kayu sugi. Kebetulan di Istafa diperdengarkan ceramah Ustaz Kazim, beliau sedang bercakap tentang habatus sauda. Katanya habatus sauda adalah perubatan dalam Islam, tetapi kenapa kita tidak yakin dengannya. Habatus sauda ada dalam hadith Nabi. Berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit.

Kata ustaz ramai org datang kepadanya dan minta dia cuba minum kopi itu ini herba itu ini (nak jadikan ustaz ni 'duta' produk) tapi dia tak berminat. Sebab pemakannya dan penjagaan kesihatannya adalah habatus sauda. Dia makan madu dan habatus sauda setiap pagi.

Terus aku check out habbatus sauda- bersama- sama denga berus sugi dan madu.

Terasa kerdil diri kerana sebagai seorang yang obses dgn produk kesihatan (dan produk pengurusan badan), aku melepas pandang habbatus sauda, herba yang disebut oleh Nabi s.a.w. Tak tahu kenapa. Mungkin banyak sangat info agama yang diguna (secara berlebihan) utk tujuan promosi produk sehingga aku mual untuk tahu kebaikan habatus sauda. Jadi balik je rumah aku research lebih lanjut.

Kebaikan Habbatus Sauda:
Meningkatkan immunisasi
Anti tumor(kanser)
Anti bakteria
Anti radang
Menggalakkan pengeluaran susu ibu (natural milk booster!)
Research sendiri ya untuk lebih detail!

Sudah banyak juga kajian yang dilakukan terhadap Habbatus Sauda; ibnu sina, ibnu qayyim dan ramai saibtis moden.

P/s: dalam gambar tu habbatus sauda dan kayu sugi kegemaran aku. Next time aku post tentang kayu sugi pula.

1 comment:

Anonymous said...

Try search baraka habatussauda, dia pati minyak habatussauda, murah je pun, intan mmg amalkan dari amna lahir(tu pun baru tau)...n mmg sgt bgs...Intan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...