Menunggu tahun baru seperti menunggu orang jauh. Anda ada resolusi tahun baru? Aku ada!! Bukan satu bukan dua. Lebih dua puluh tujuh resolusi. Kesemua dua puluh tujuh bukanlah untuk dilaksanakan pada tahun 2012, sekadar membuat 'statement' utk memperingati aku di masa hadapan. Senarai resolusi aku ini dimudahsuaikan dengan menggunakan perisian "43 things". Perisian ini memang sejuk (cool), ia akan lekat di alam maya takkan hilang seperti jika ditulis dalam diari. Aku juga boleh update progress menggunakan iphone apps. Aku dapat review kembali resolusi aku pada tahun 2008. Oh sungguh sungguh cool.
Namun, seperti kata bapa; "Don't wait for January", aku tidak tunggu Januari, aku sudah berdikit-dikit memulakan langkah untuk hampir kesemua resolusi aku itu- er kecuali melancong ke Holland. Apa yang menyebabkan aku mau ke Holland pada tahun 2008 itu? Entah.
Sejak-sejak aku sudah tak ada facebook, Youtube menjadi tapak web kegemaran. Malam tadi aku terjumpa video tentang pengislaman seorang preacher protestant bernama Yusof Etes. Dia sudah lama masuk islam (kisah masuk islam nya sangat menarik)- yang menarik hati aku ialah bagaimana dia sekarang aktif mengislamkan orang lain. (live in youtube) Dalam ceramahnya Yusof Etes mengajak umat Islam untuk mengajarkan Islam- bagi maklumat yg betul tentang islam- malah berusaha untuk mengislamkan orang lain. Kerana di akhirat kelak orang-orang kafir ini akan menunding jari kepada kita kerana semasa dunia kita mengenalinya namun tidak sekalipun kita mengambil peluang untuk mengajaknya memasuki islam. (sila cari sendiri kebenaran ayat ini; hadith mana riwayat mana).
Ayuh, mari berusaha. Aku masukkan saranan Yusof Etes ini dalam resolusi tahun baru yang ke dua puluh lapan.
Aku: Aci, bila mau masuk Islam?
Aci: Ayoyo kina, saya sudah lama kerja dengan Melayu; dulu anam belas tahun kerja sama datuk, saya mana masuk Islam. Kenapa sekarang mau masuk Islam?
Notakaki: Aci sudah lama meninggal. Aku terkilan kerana tidak sungguh-sungguh dulu. Hidup susah mati lagi susah.
Notakaki2: Cucu Aci ada lagi. Tambi, yenna porengge? (adik, mana mau pigi?)
Notakaki3:Kita harus mencuba, hidayah Allah swt yang beri.
No comments:
Post a Comment