Perkara terbaik tentang tidak mempunyai FB adalah tidak perlu post status emo terutama sekali bila baru lepas bergaduh atau sakit hati. Kalau tak pasti penuh status emo dari aku. Padan la muka semua yg add aku. Salah satu sbb aku tutup FB pun sbb aku selalu post status emo. Bosan. Macam masalah aku ni lebih teruk dari mangsa bunuh di Palestin dan mangsa kebuluran di Somalia. Macam la masalah aku ni lebih dasyat daripada ibu yg terkedu bila mengetahui anak perempuannya murtad. Macam la dunia aku ini kejam sangat. Bertenang la wahai hati. Jangan la terpengaruh dgn bisikan jin dan syaitan yg memang suka timbulkan bait2 emo.
Bila takda FB pun org perempuan suka sms emo yang panjang lebar. Aku rasa penyakit sms emo ni ada pada wanita sahaja. Mereka sanggup berteleku depan hp utk saling berbalas sms EMO.
Satu tips utk kaum wanita; kalau kita terlampau marah atau sakit hati, sabar, tahan diri, jangan pantad post status, jgn sms org yg kita tgh marah tu atau email atau call maki hamun. SABAR.
Bukan Nabi s.a.w saja suruh sabar. Pakar2 personaliti barat pun suruh sabar. Kata Dale Carniege- anda akan rasa beruntung jika anda menunda kemarahan anda itu. Bila tengah marah syaitan merasuk. Kalau seharian masih rasa marah tunda keesokkannya. Jgn sesekali sms atau email org time marah.
Kalau selalu tertekan dan kacau jiwa, makhluk halus mudah masuk. Samalah kalau kita terlampau gembira atau terlampau sedih. Org yg sudah dimasuki makhluk halus ada pelbagai tanda2 ganguan. Cari la dalam internet kat website darulshifa' yg ditubuh oleh ustaz Haron Din. Kalau ada ada tanda2 tu pergi darul shifa'. Jgn pergi tempat lain. Isnyallah lebih selamat sebab di darulshifa' tak guna benda2 khurafart seperti jampi serapah dan bedah ghaib semua tu. Guna Al-quran sahaja. Peringatan: Perkhidmatan PERCUMA seluruh Malaysia, derma diterima.
Sebenarnya gangguan jin ni bukan sahaja bagi jiwa kacau atau bisikan keburukan (mcm delusi), ia juga boleh buat sampai perempuan tak kawin2. Kawan2 yg dah berkawan byk kali, dah suka sama suka tapi tak jadi tanpa sebab- berkali-kali pulak tu, pergi la Darul Shifa'. Biar ustaz ustazah tengok.
No comments:
Post a Comment