Sunday, September 23, 2012

Bunuh Anjing Juga Adalah Sunnah



Dalam hadith saheh menceritakan bagaiman seorang pelacur yang memberi minuman kepada anjing kehausan dimasukkan ke syurga, menunjukkan anjing bukan dicipta untuk dihina. Dalam kisah Asshabul Kahfi juga seekor anjing yang diberi ganjaran syurga kerana ingin melindungi pemuda-pemuda itu menunjukkan anjing bukan binatang keji. Namun, Rasullullah pernah memerintahkan untuk membunuh anjing apabila anjing terlampau banyak kerana anjing yang banyak boleh membahayakan. Maka jika majlis bandaran membunuh anjing itu adalah perkara wajar dan tidak berdosa. 

p/s: Yang berdosa ialah jika kita menyeksa anjing atau baling batu atau membunuh tanpa sebab. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...