1. Keutamaan mentarbiah anak-anak. Anak-anak adalah modal sumber pahala Akhirat. 3 perkara yang akan memberi pahala berterusan: Amal mjariah/sedekah, Imu yang dimanfaatkan, doa anak/cucu yang soleh.
2. Ibubapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada guru/penjaga/nursery/bibik adalah
perbuatan salah, sepertimana anak-anak yang menghantar ibubapa ke rumah orang tua
3. Didikan paling utama adalah memahami Lailahaillallah. Mengenalkan anak kepada Aqidah sejak kecil. Rujuk surah Loqman bagaimana Loqman mengajari anaknya. Rujuk bagaimana Rasullullah mendidik Ibnu Abbas ketika Ibnu Abbas remaja:
-Jaga hubungan engkau dengan Allah, nescaya Allah akan jaga engkau
-Jaga tanggungjawab anda dengan Allah, nescaya Allah akan mudahkan urusanmu
-Jika engkau bertanya, bertanyalah kepada Allah
-Jika berharap, berharaplah kepada Allah
-Jika meminta pertolongan, mintalah kepada Allah
-Ketahuilah jika seluruh manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau, mereka tak akan mampu kecuali dengan izin Allah
-Jika seluruh manusia ingin memberi mudharat nescaya mereka tidak akan mampu kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah
4. Tarbiah anak-anak dengan takut kepada Allah dan inginkan redha Allah.
5. Didik anak-anak solat awal adalah lebih baik. Perintahkan anak-anak solat pada usia 7tahun. Pukul jika engkar pada usia 10tahun.
5. Perbuatan memukul anak adalah kaedah tarbiah dalam Islam. Pukul bukan sahaja dalam bab solat, tetapi merupakan kaedah tarbiah.
Sebelum memukul:
-nasihat: terangkan kebaikan (Allah sayang kalau buat itu)
-jika masih engkar, beri lagi nasihat: terangkan kemurkaan Allah (Allah marah kalau kita...)
-jika masih engkar beri amaran (Kalau tak buat kena pukul)
-langkah akhir ialah pukul. Setelah diberi amaran hendaklah melaksanakan jika tetap engkar.
6. Syarat pukul adalah tidak memudaratkan, tidak sehingga berbekas/lebam, tidak pukul dalam keadaan marah. Pukul anak adalah untuk tarbiah, bukan untuk lepas geram. Sedangkan hukum sebat peminum arak pun adalah ringan (rujuk youtube bagaimaan hukum sebat peminum arak di Arab Saudi), inikan pula hukuman memukul anak.
7. Jangan terpengaruh dengan Barat yang datang dengan teori-teori kononnya memukul anak merosakkan. Orang kafir Barat (Yahudi/Nasrani) sentiasa tidak akan senang dengan umat Islam.
No comments:
Post a Comment