Setiap bayi yang dilahirkan adalah sebersih kain putih. Ibubapalah yang akan mewarnakannya. Kita bimbang anak-anak membesar tersasar dari cita-cita ibubapa. Kita hairan kenapa anak orang Islam banyak mencuri, menipu dan tidak amanah. Aku masih ingat ketika di sekolah menengah seorang guru pernah mengutarakan persoalan ini "Pelajar Melayu masuk kelas agama, belajar agama, tetapi kenapa tahap moral dan disiplin lebih teruk dari pelajar bukan Islam?" Guru itu merujuk kepada kes-kes remaja biasa seperi mencuri, menipu, tidak amanah, kurang ajar, biadap, merosakkan harta awam dan lain-lain. Aku pun hairan. Bukankah mereka juga mempunyai ibubapa Islam? Bukankah Islam agama yang lengkap?
Yang paling kita bimbang ialah jika kita sendiri, selaku ibubapa, leka mencari dunia, sehingga lupa akan amanah Allah terhadap kita; iaitu anak. Mika adalah pencetus revolusi hidup saya. Mummy dan Papa ingin didik kamu sebaik-baiknya. Banyak yang perlu dihalusi. Banyak yang perlu diupdate. Banyak kaedah yang telah tersasar dari jalan utama, jalan Allah. Aku yakin Islam agama yang lengkap. Pasti ada satu modus operandi terbaik untuk mendidik anak. Seorang ulama dalam ceramahnya menegur cara ibubapa yang terlampau garang mendidik anak. Walhal Rasullullah adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Maknanya kaedah mendidik dengan cara merotan (hingga berbirat) dan menampar itu bukan dari Islam, tetapi dari budaya Melayu. Kata ulama itu ibubapa perlu jadi kawan paling baik dengan anaknya. Aku nampak akan relevannya kata-kata itu. Dengan kawan baik kita bercerita, mengadu, bertanya pendapat, meminta nasihat, percaya, hormat dan sayang. Bukankah itu tingkah laku dengan ibubapa? Jika anak hanya ada rasa takut, anak akan melakukan perkara terlarang tanpa pengetahuan ibu bapa. Anak tidak akan 'spoil' jika dia tahu hormat ibubapanya.
Untuk revolusi pertama, aku ingin sekali Mika dapat membaca surah sebelum dia pandai menyanyi - mengenal alif ba ta sebelum A B C. Bersyukur kerana out of nowhere aku terbaca blog yang membawa kepada link yang sangat menarik, iaitu kaedah mengajar anak hafaz al-Quran sejak bayi. Walaupun mungkin ramai yang sudah mempunyai anak besar, tidak ada yang terlambat dalam mencari keredhaan Allah. Kata pepatah Cina, "When there's a learner, the teacher will appear"
No comments:
Post a Comment