Tuesday, January 19, 2010

2010

2010 penuh gemilang!

1. Kafe Kopi O kampung akhirnya beroperasi tanggal 1 januari 2010. Seawal 7 pagi para pelanggan mula datang. Menjelang malam ramai pelanggan yang membawa keluarga dan sanak-saudara dari KL, kebetulan cuti tahun baru. 3 malam berturut-turut seperti pesta lagaknya kami, dengan kilauan lampu dan kenderaan yang berduyun. Alhamdulillah, mendapat sambutan ramai.

2. Satu minggu berlalu, jadual hidup belum juga reda. Pelbagai isu-isu yang tidak dijangka dan yang sudah dijangka melanda. Maka bos bercadang untuk cuti... apa?.. cuti ? YAAYYY bersoraklah kami bersama-sama waiter-waiter muda yang seramai 20 orang itu,,

3. Pelbagai keputusan perlu dilaksanakan bagi melancarkan pembukaan kali kedua kafe. Beberapa renovasi dan ubahsuai. Berdebar menanti sambutan pelanggan. Tarikh pembukaan belum dimaklumi.

4. Resolusi tahun baru aku juga tertangguh, dek sibuk membantu di Kafe. Kini hidup kembali normal, mula aktif menjejaki sisip kehidupan, dan cinta yang terabai, kasihan dia :)

5. Oh, semenjak bergelar fiance 12 disember lepas, kini sedang meniti konflik persiapan kenduri!!.... ayuh kerah semua tenaga sedara-mara!..

6. Kursus Kahwin belum attend *sigh*



7. Tarikh kenduri telah disepakati: 13 Mac 2010 tapi belum dilulus pak kadi.

8. Pak Ngah Tan sudah ada Facebook!? haha,, maka ayah pun minta aku buka akaun facebook untuknya!!! haha,,, putih hg mesti teruja dgr cerita ni!,, pasti sudah ramai kwn2 ayah yg dah mula berFB,,

9. Akaun FB aku belum juga aktif. Aku terpaksa diactivate kerana ketagihan yg kronik. Ingat nak buka awal 2010, tapi masa belum juga mengizinkan, aku rasa,, usia pencen paling sesuai untuk FB,, usia santai,, berkongsi kisah perlancongan di negara dingin dan telatah cucu pertama., dan mungkin juga waktu itu glamour FB sudah berlalu dan diganti dengan network baru yg bukan dimiliki Yahudi.

10. Cukup lah dahulu hari ini.. perlu sibukkan diri dan lupakan entiti berupa makanan,,,

5 comments:

HiDayah@GM said...

saya mesti menghadirkan diri di kafe anda suatu hari yg ceria nnt.mungkin bersarapan semasa mengunggu majlis kamu nnt.

yi ya ni said...

ahaks.. babe, please activate ur account back!! azan and noorin are thinking about a pages "we want ruslina back on facebook" muahahahahaa.. ;p

anna said...

sila sila gm,, sila datang ke kafe,,, dalam masa yang sama sila apply cuti untuk datang kenduri aku nanti 13 mac!! :)

luz marcia: ok ok,,, jgn buat lagi,, nanti aku dah activate akaun baru buat fan page ruslina,,, muahaha,, sementara itu soh depa melawat blog aku tuk melepas rindu,,, :p

rusputih said...

bahaya..nanti ayah tgk aku py page..

ruslina-redzuan said...

haha,, album kat fb dan boleh custom setting security,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...