Friday, March 23, 2012

Delapan Bulan

Lapan Purnama sudah berlalu, Si Mika kini sudah boleh ber'kaki dua'. Meniti bagai. Kadang-kadang dia melepaskan tangan di bibir meja- cuba-cuba untuk berdiri lah tu- berjaya dalam 3 saat dan jatuh. Berdiri dan jatuh berdiri dan jatuh. Tak menangis. Bagus-bagus. Kalau naik walker laju macam F1! Takut aku. Sekarang proses merangkak dah advance. Merata rumah dia dah sapu, rak buku habis disepahkan. Kadang-kadang  tersepit tepi meja, bawah walker, bawah kerusi. Maca,-macam posisi. Yang paling best Mika dah boleh duduk, maksudnya kalau pergi restoran letak ja dalam baby chair. Haritu makan bihun sup selamba Mika duduk atas meja plastik, sudah tentu kena pantau sebab dia belum faham konsep graviti. huhu. Harini Mika genap lapan bulan-mengikut kalendar Yunani. Jumaat yang indah ini kamidua beranak duduk dalam rumah saja. Indahnya. dalam bilik heaven ini aku masukkan meja study, jadi boleh letak laptop. Nak blogging pun senang, nak buat design pun semangat. 

Buat peringatan, peringkat perkembangan anak-anak ini berbeza, ada bayi yang baru boleh jalan lepas umur setahun 3 bulan, ada yang  9 bulan dah jalan, ada tumbuh gigi awal, ada lambat merangkak, cepat bercakap, membebel tanpa makna sampai dekat 2 tahun pun ada, dan macam-macam lagi. Jika ada orang yang membanding-bandingkan anak anda dengan anak si itu ini jangan tergugat, tahap perkembangan ini tidak menunjukkan tahap anak anda genius atau apa pun. Relax. Jika anda si dia yang suka membanding bagai tu, hati-hati, jangan nanti si ibu kecil hati, atau bangga diri pun tak elok juga. Lainlah kalau anak anda boleh hafal Quran umur sekecil itu memang patut dicemburui dan dicontohi!
Anak sibuk menapak ibu sibuk ambil gambar

Baru lepas menangis 

Lepak dengan ibu jom

Lepak dengan bapak

3 comments:

farhyamar said...

Hei,

Si comel Mika dng aksi2nya..saya belum sempat ketemu dia lagi :)

ruslina said...

yor la aunty uswah! mika lom jumpa ramai lagi aunty2 kat key ell sana tu.... dah jumpa boleh tendang bola agaknya :P

Asna said...

Mika sangat la comel..makin lama makin comel + ensem..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...