Kalau anak perempuan over over sikit, suka nari-nari, dapat la tittle GEDIK. Kalau anak lelaki kena itu nangis kena ini nangis dapat tittleLEMBIK. Dua-dua tittle ni ngeri loh, siapa mahu anak perempuannya membesar jadi gadis gedik (macam kenal ja haha) dan siapa mahu anak lelaki yang dibangga-banggakan membesar jadi pemuda lentik-liuk? Oooh... Siapa pun tak mahu. Tindak balas atau kelakuan anak-anak tak eloklah dilabelkan. Tegur-tegur dan tunjuk teladan pun dah cukup bagus. Selain itu akan menjadi doa buat mereka, label-melabel ini, walaupun secara gurauan akan memberi kesan psycoholgy yang negative. Biar kita tumpu kepada mendidik yang baik-baik. kadang-kadang kalau kita label kanak-kanak sebagai pemalu pun tak elok juga.
"Dia ni memang pamalu dengan orang" Asal jumpa orang kata macam tu, lama-lama memang pemalu tak ingat la si anak. Jumpa orang sembunyi, bercakap tak mahu, dalam kelas pun meminggir diri. Kanak-kanak pemalu adalah lumrah, tetapi melabelkan perkataan pemalu itu pada seoseorang ketika usia kecil adalah tidak adil. Biarlah dia membesar tanpa dipengaruhi label-label terawal, yang dicipta orang dewasa sekadar untuk mengisi topik perbualan.
p/s: Malu itu baik. Tapi bukan malu sehingga menghalang kebaikan. Contohnya malu nak pakai tudung nanti orang kata alim sangat. Contohnya la.
No comments:
Post a Comment