Tuesday, September 25, 2012

Datuk Nenek Anak Cucu Minta Lalu

Riwayat Muslim, Rasullullah saw bersadda:

"Barangsiapa menemui Allah (mati) dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikitpunn pasti masuk syurga"


Akidah Sunnah wal jamaah menjauhi 4 perkara, syirik, bidaah, khurafat dan tahayul.
Jauhi perbuatan berikut:
1. Ramalan buruk contohnya pinggan jatuh bersangka akamn ditimpa malang dsb.
2. Rawatan mandi bunga walaupun dilakukan oleh Ustaz/Ustazah walaupun menggunakan ruqyah. Rawatan ini bukan rawatan Islam, tetapi rawatan ini dibantu syaitan.
3. Kepercayaan Horoskop / tarikh lahir adalah ilmu firasat/ilmu telek. Ada Ustaz menelek tarikh lahir untuk tahu keserasian suami isteri. Ilmu ini berasal dari syaitan, syaitan mengajarkan ilmu ini kepada Yahudi dan umat Islam ditipu syaitan kerana ilmu ini.
4. Mempercayai kupu-kupu masuk rumah tandanya ada tetamu akan datang. Ini kepercayaan khurafat.
5. Tanda buruk apabila burung hantu berbunyi adalah tahayul boleh membawa kepada syirik
6. "Datuk Nenek Anak Cucu Tumpang lalu" adalah perbuatan menyeru selain kepada Allah. Ini adalah perbuatan syirik. Kita dilarang menyeru selain kepada Allah. Jika kita ingin masuk hutan atau tempat yang menakutkan kita jangan minta izin kepada penunggu/jin tetapi kita berdoa kepada Allah. Atau kita baca ayat kursi atau 3 Qul.


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku yang lampau kerana kejahilan dan kebodohan. Semoga Allah menjauhi syirik dari keluarga ku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...