Wednesday, July 28, 2010

Kenapa Janda terus menjanda?

Pada zaman Rasullullah dan para sahabat., status janda tidak berkekalan. Ini kerana sebaik sahaja edah tamat., ahli keluarga dan masyarakat akan cepat2 mencarikan jodoh untuk wanita itu. Ini kerana adalah amat tidak adil membiarkan janda/ibu tunggal hidup bersendirian. Islam juga mengesyorkan perkahwinan. Apabila berkahwin hidup mereka dan agama mereka akan terbela. Walaupun mereka punyai anak dan keluarga yang menyayangi., tidak akan sama dengan memiliki suami/ pasangan hidup, merangkap bapa kepada anak2. Tidak wujud soal malu., tidak wujud alasan serik berkahwin., tidak wujud alasan ingin tumpu kepada keluarga. Kadang2 manusia mencipta alasan untuk melindungi hatinya agar tidak terluka. Jika ada ibu/ bapa /ahli keluarga anda menjanda/duda., bela lah nasib mereka. Jangan biar mereka bersendirian menempuh rintangan hidup.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...